Kokurikulum Sekolah Tinggi Perempuan Melaka

Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti luar bilik darjah yang dibimbing oleh guru-guru. Pelbagai aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah, misalnya aktiviti kelab dan persatuan, sukan dan permainan serta pasukan beruniform. Antara aktiviti kokurikulum di SMK Tinggi Perempuan Melaka yang sangat aktif ialah Pasukan Pancaragam yang menjadi kebitaraan sekolah.  Pasukan ini sering membuat persembahan dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah.  Pasukan ini juga telah berjaya meraih perak dalam pertandingan peringkat negeri pada tahun ini.  Selain Pancaragam,  Pasukan Kadet Bomba juga merupakan pasukan yang sangat aktif dan sering mendapat kemenangan dalam pertandingan-pertandingan yang dijalankan.  Walaupun terdiri daripada murid-murid perempuan ada antara mereka yang terpilih sebagai anggota kadet terbaik peringkat negeri.  Tidak ketinggalan juga kepada Persatuan Seni Visual yang membantu dalam menaikkan keputusan mata pelajaran Seni Visual yang juga merupakan satu daripada mata pelajaran yang menjadi kebitaraan sekolah ini. Selain itu,  Persatuan Bahasa Melayu dan Persatuan Bahasa Inggeris sekolah ini juga merupakan persatuan yang tidak kurang hebatnya.  Sentiasa seiring dengan Panitia Bahasa Melayu dan Panitia Bahasa Inggeris.  Banyak menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Pendidikan, Badan-badan Berkanun,  IPTA,  IPTS dan kebanyakan pertandingan yang disertai sering membuahkan hasil yang menggembirakan. Kesimpulannya,  aktiviti kokurikulum di sekolah ini dijalankan dengan penuh kesungguhan dan sentiasa membantu murid dalam mencapai gred PAJSK yang baik.

Berikut adalah senarai persatuan, kelab, badan beruniform,  sukan serta permainan di SMK Tinggi Perempuan Melaka :

PersatuanKelabBadan BeruniformSukan Dan Permainan
Persatuan Bahasa Melayu

Persatuan Bahasa Inggeris

Persatuan Bahasa Jepun

Persatuan Ekonomi Rumahtangga

Persatuan Matematik

Persatuan Sains & Robotik

Persatuan Pendidikan Islam

Persatuan Sejarah & Warisan

Persatuan Geografi

Persatuan Seni Visual

Kelab  Kerjaya

Kelab  Muzik

Kelab Pencinta Alam

Kelab Setia dan Rukun Negara

Kelab Pelancongan

Kelab  Komputer

Kelab  Pengguna & Koperasi

Persatuan Usahawan Muda

Kelab Pencegahan Jenayah

Kelab SPBT

Kelab Perpustakaan

Kelab Doktor Muda

Kadet Polis

Kadet Bomba

Kadet Remaja Sekolah

Pandu Puteri

Puteri  Islam

Persatuan Bulan sabit Merah

Pancaragam

Taekwando

Badminton

Bola Baling

Hoki

Memanah

Softbol

Bola Jaring

Bola Tampar

Catur

Tenpin Boling                  

Olahraga

Kelab Renang